Rabu, 26 November 2014

Beli Kereta 2

Tidak dinafikan kereta sudah menjadi keperluan kepada rakyat Malaysia.

Sebelum ini aku ada cerita sedikit berkenaan cara pembelian kereta atau lebih tepat penempahan kereta.

Untuk pembelian secara tunai perkara asas di dalam post sebelum ini sama sahaja kecuali pembeli tidak perlu menyerahkan apa-apa dokumen seperti yang diperlukan jika pembelian secara sewa beli. Kemungkinan pengenalan diri dan lesen sahaja diperlukan oleh pihak penjual.
Masalah yang kerap berlaku dalam situasi belian tunai ini pembeli menganggap apabila dia seorg pembeli tunai/cash buyer dia berhak mendapat keutamaan/priority dalam mendapatkan stok kereta yg diperlukan.
Agak kurang tepat anggapan begitu kerana pembeli melalui pinjaman juga menggunakan wang mereka untuk membeli kereta dan juga penjual, atas sebab2 tertentu lebih suka membantu/deal dengan cara sewa beli.

Ok, setelah bayaran tempahan diserahkan dan tempoh menunggu tamat, stok pun sampai berdasarkan "waiting list" di pusat jualan, penjual akan memberitahu pembeli untuk melangsaikan jumlah keseluruhan harga kenderaan sebelum pendaftaran kenderaan berlaku. Bayar semua dahulu baharulah kereta tersebut boleh didaftarkan di JPJ ye.

Untuk belian secara sewa beli, pembeli perlu membayar "downpayment" / beza harga kereta berbanding jumlah pinjaman yang diluluskan di dalam LOU / LU pihak bank sebelum kereta didaftarkan di JPJ.
Nasihat aku, hak dan tanggungjawab pembeli ialah hanya bayar duit tempahan/booking semasa proses awal pembelian. Apabila stok sampai bayar semua utk belian tunai atau bayar downpayment utk belian sewa beli. RESIT jangan lupa. Penting sangat sebagai bukti transaksi.

Pastikan juga pendaftaran mengikut nombor yang dikehendaki jika tempah nombor.

Nanti aku akan cerita pulak proses penerimaan kenderaan setelah pendaftaran

Tiada ulasan: