Rabu, 26 November 2014

Beli Kereta 2

Tidak dinafikan kereta sudah menjadi keperluan kepada rakyat Malaysia.

Sebelum ini aku ada cerita sedikit berkenaan cara pembelian kereta atau lebih tepat penempahan kereta.

Untuk pembelian secara tunai perkara asas di dalam post sebelum ini sama sahaja kecuali pembeli tidak perlu menyerahkan apa-apa dokumen seperti yang diperlukan jika pembelian secara sewa beli. Kemungkinan pengenalan diri dan lesen sahaja diperlukan oleh pihak penjual.
Masalah yang kerap berlaku dalam situasi belian tunai ini pembeli menganggap apabila dia seorg pembeli tunai/cash buyer dia berhak mendapat keutamaan/priority dalam mendapatkan stok kereta yg diperlukan.
Agak kurang tepat anggapan begitu kerana pembeli melalui pinjaman juga menggunakan wang mereka untuk membeli kereta dan juga penjual, atas sebab2 tertentu lebih suka membantu/deal dengan cara sewa beli.

Ok, setelah bayaran tempahan diserahkan dan tempoh menunggu tamat, stok pun sampai berdasarkan "waiting list" di pusat jualan, penjual akan memberitahu pembeli untuk melangsaikan jumlah keseluruhan harga kenderaan sebelum pendaftaran kenderaan berlaku. Bayar semua dahulu baharulah kereta tersebut boleh didaftarkan di JPJ ye.

Untuk belian secara sewa beli, pembeli perlu membayar "downpayment" / beza harga kereta berbanding jumlah pinjaman yang diluluskan di dalam LOU / LU pihak bank sebelum kereta didaftarkan di JPJ.
Nasihat aku, hak dan tanggungjawab pembeli ialah hanya bayar duit tempahan/booking semasa proses awal pembelian. Apabila stok sampai bayar semua utk belian tunai atau bayar downpayment utk belian sewa beli. RESIT jangan lupa. Penting sangat sebagai bukti transaksi.

Pastikan juga pendaftaran mengikut nombor yang dikehendaki jika tempah nombor.

Nanti aku akan cerita pulak proses penerimaan kenderaan setelah pendaftaran

Khamis, 20 November 2014

Beli Kereta

Kali ini aku nak bercerita pasal pembelian kereta... buka step by step sangat tapi sekadar perkongsian.

Nak beli kereta paling mudah nya kereta baru la... dgn syarat beli di pusat jualan yang bertauliah. Pastikan :-
Penasihat Jualan mempunyai Business Card.
Deposit yg diserahkan mesti ada resit asal syarikat (stamp, alamat & logo syarikat)... bukan resit kedai mamak yg ada stamp / cop nombor telefon n nama penasihat jualan sahaja.
pastikan segala janji manis yg ditaburkan ada di dalam borang jual kenderaan / vehicle sales order. Contoh : payung atau smart tag percuma, petrol penuh, tinted dsb. Juga jgn lupa tgk harga kenderaan dan juga potongan rebat/diskaun yg dijanjikan sudah dimasukkan atau belum di dalam borang jual kenderaan tersebut. Dah puas hati ... boleh serahkan duit booking dan sign borang td tu. Tggu sehingga resit asal spt di atas diberikan. Pastikan bertanya anggaran masa yg di ambil utk mendapatkan model yg di tempah/booking.

Yang atas tu general je
nanti aku cerita pasal loan submission dan cash buyer pulak.

Nanti2 aku akan cerita masalah2 yg mungkin dihadapi oleh pembeli akibat daripada ketidakjujuran penjual atau pembeli terbeli daripada pusat jualan tidak bertauliah

Khamis, 13 November 2014

LPHS - Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

Assalamualaikum, aku amat tertarik dengan program yg dilakukan oleh kerajaan negeri. Walaupun aku mmg tak layak dari segi syarat2 nya,,, tp sedikit sebanyak aku perlu tau juga. ada sahabat yg sudahpn dapat tawaran untuk kediaman LPHS ni di Antara Gapi. rumah besar dan murah katanya. nak screenshot surat tersebut byk plak nmpk detailsnya. apa yang penting berikut adalah kelayakan asas untuk melayakkan seseorang untuk memohon rumah dalam program perumahan mampu milik negeri Selangor "Satu Keluarga Satu Kediaman" ni...

Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah ? Syarat kelayakan untuk memohon rumah adalah seperti berikut:
•Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
•Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
•Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
•Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor. •Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
•Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
•Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
•Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
Sumber: -
http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_faq

  Untuk sahabat2 yang membaca dan termasuk dalam kategori di atas, mungkin boleh mencuba. Selamat maju jaya ye semua...

Sabtu, 8 November 2014

Sepat dan Puyu

Semalam mencari sepat n puyu nak buat lauk... ada la sikit... pergi berempat... boleh la..
pagi2 dah smpi umah sahabat di Tmn Sri Liam Hulu Yam Bharu. Tggu lg 2 sahabat dr B.Beruntung smpi... tp pagi ni hujan pulak... mmg slow skit sepat aktif
untuk pancing sepat ni kami pki teleskopik ja... dedak dinding tabur utk pggl ikan... aku mmg cari kecik2 nk buat goreng ja...
pancing ni x pki mata kail pun tp ada cara lain... nak tau mai ngeteh sama...
ujan panas ujan panas ada la 4 jam mancing gitu...
tp alhamdulillah ... ada la hasil bagi2 utk 4 org...





Sabtu, 1 November 2014

Route 66 and SEA tallest waterfalls

Long way round... itulah trip GCMBikers pd 01/11/2014.
1st day
lepas kerja kami berkumpul di office sambil2 last minute packing n preparation. Lepas maghrib makan2 di Hijas kemudian terus ke homestay Spg Pulai. Perjalanan bermula pukul 920pm Jumaat 31/10/2014. Smpi pd 12 mlm. Lewat sket sbb otai elegan mengalami sedikit kerosakan dlm 100meter exit kw Spg Pulai.

2nd day
lepas sarapan dan refuelling kami mula negotiate jln spg pulai - cameron dan terus je melalui Lojing dan berhenti di Petronas Gua Musang. Perjalanan lebih kurang 2jam setengah.
lepas refuelling kami patah blk ikut route D29 bercantum D66 route yg diidamkan. Perjalanan lebih kurang 45 minit smpi ke simpang Dabong - Jeli route D66.
Kami lunch di R&R Jelawang dan solat zuhur di masjid seberang r&r tersebut. Lepas tu patah blk nak nyinggah n ke Air Terjun Jelawang... tertinggi di Asia Tenggara katanya.
Lepas lepak n bergambar dlm 20 minit kami teruskan perjalanan ke Jeli melalui jalan yg sama D66. Perjalanan lebih kurang 45 minit juga tp kali ni aku lead smpi ke simpang Gerik - Kota Bharu. Kami refuelling di Shell Jeli lepas take five kami mula mendaki dan negotiate legendary Lebuhraya Timur Barat. Motor aku guna tayar baru Zeneos Turino mmg melekat di atas tarmac sepanjang jln kering dan hujan lebat dari Jeli ke Kuala Kangsar.
Di Banding kami singgah di R&R Titiwangsa dan juga dataran pejuang. Ada monumen berupa Komando RF100 APC dan juga senarai2 pejuang tentera darat yg terkorban ... alfatihah utk yg terkorban. Anda pejuang kemerdekaan yg sebenar.
selepas tu kami teruskan perjalanan ke Gerik dan singgah di R&R Perah utk solat Asar. Lepas tu bergerak ke Lenggong dan hari dah gelap hujan sepanjang jalan smpi ke Kuala Kangsar.
smpi di entry PLUS kami take five jap sebelum terus pulang ke homestay di Spg Pulai. Smpi2 je mandi2 solat jamak dan terus tidur. Makan aku kirim je dgn sahabat yg keluar.
3rd day
hari ni pagi2 bersiap utk pulang ke base masing2. Kali ni aku try high speed melebihi 140km/h... zeneos ni tidak upaya utk tahan high speed. Satu motor bergoncang. Bila speed hit 135km/h motor mula goncang kuat. Pro : layan jalan kering dan basah cameron lojing dan highway  jln kampung mmg superb. Cons:  tp x boleh high speed. Aku x prasan plak speed rating utk tayar ni. Overall x mengecewakan.

Overall trip kali ni boleh kata paling lama berada di atas jalan melebihi 13 jam perjalanan. Rmi sahabat2 yg sebelum ni x berkesempatan utk join sblm ni dpr join trip kali ni... klu nak detail route boleh la kita ngeteh nanti