Selasa, 23 Julai 2019

Trip Durian 2019

Assalamualaikum
Korang makan durian? Kalau makan kira genglah...
Kalau tak makan pun geng jugak tapi jadi bahan....

Hari tu saya ada join konvoi makan durian di Lenggong Perak...
Rumah kawan jugakla.... Team 4 orang bermotosikal, saya dan seorang lagi sahabat bermotokar... Cadangnya kami nak balik hari je... Tapi kena racun ter stay pulak kat homestay sebelah tasik raban...

Sampai homestay Day 1 dah pukul 3 lebih... Solat dulu lepak2 jap dengan sahabat2 lain. Dekat pukul 5 jugak lah baru ke dusun kawan ni...

Sampai dusun terus cari durian yang dah gugur, lebih 10 biji jugaklah makan bawah pokok, nasib x kena hempap dengan durian... Dah settle bawak balik beberapa biji lagi. Masa cari durian tu ada jugaklah dapat asam gelugur dalam 8 biji... Bawak balik sekali.
Esoknya... Sebelum balik repeat lagi amik durian manggis dan rambutan... Banyak jugak
Korang tengok jelah video ni.....

Isnin, 8 Mei 2017

Promosi Webe Program Kesetiaan Pelanggan

Tiba-tiba je sms sampai tulis "Great news! your 1GB mobile wifi pass has been refreshed!........"

aduh.... terbeli wifi pass ke pulak ....

Dalam minggu lepas kot baru perasan ada dapat sms daripada webe. dan2 tu jugak tgk kat app di hp ... xde pulak wifi pass tu...

hmm.. cari2 rupanya loyalty program utk existing customer... jadi dapatlah aku 1GB free wifi sebulan boleh share data. tapi tak perasan pulak mula april sampai may atau may sahaja. xpelah janji ada. yang bestnya kelajuan nya boleh tahan walaupun H+ je speed nya... lenih kurang maxis 4G je rasanya. mungkin x ramai lagi pengguna webe kat area sini.

agak2 webe nak bg free forever tak? hahaha...

nak tau lanjut pasal webe... rajin2lah usha website diorg yea... www.webe.com,my

chiao

Selasa, 20 Disember 2016

Dua Bulan Bersama webe

Nama pelik ... x catchy langsung...  tapi unik.

Itulah dia webe ... tulisannya pun begitu. 2 bulan dah aku jadi pegguna tegar. Coverage 4G nya tidak lah bagus mana pun. Mungkin sama atau ada improvement sedikit daripada P1 dulu. Ya, P1... dulu webe ni P1 sebelum diambil alih oleh TM. Mula-mula tu skeptikal jugak nak pakai line 4G yang tak berapa nak maju ni sebab coverage area tidak banyak. Hanya ada sahabat pena yang bagitau kalau 4G/LTE takde, Celcom yang support 3G bandwith. Ha, OK lah. Sebenarnya aku dah pre-register dari bulan Julai 2016 lagi bila ternampak iklannya di internet.

Bila webe launch je aku terus register dan purchase online. Pelan nya ada satu je yg aku tau RM79.00 sebulan pakai la data sampai muntah. Register pakai kad debit pun boleh bayar upfront RM106.00 termasuk GST. Bulan pertama bill RM53.++, bulan ke dua RM83.++.

Bulan pertama masalah yg dihadapi kena berapa kali cabut simkad sbb internet tak dapat. Line telefon ada. Chat dgn customer support dia bagitau itu lah caranya. Masuk bulan ke dua OK dah, xde masalah. 3G data pun stabil. Aku belom pernah experience guna 4G lagi untuk webe ni... sebab 3G bandwith nya pun cukup dah. Aku pakai Huawei G8 Dual Sim dan aku disabled 4G sebab kuat makan bateri.

Isu semasa setakat ni bayar bil online. Mungkin boleh bayar di TM Point, aku taktau.

Cuma nak ingatkan kawan-kawan, Kalau nak pakai ni hanya sebab nak share data, telahan anda tidak berapa tepat. webe tak boleh share data secara percuma. Kena beli access setiap 2 jam RM6.35 baru lah boleh tethering.

Secara keseluruhannya, bagi aku yang kebanyakan masa tengok Kodi, mudah, social media dan youtube, webe tidak menghampakan walaupun hanya 3G data bandwith yang di dokong oleh Celcom line.

Ok lah chow dulu pa pe rojer.

Selasa, 25 Oktober 2016

Rock Forever

Assalamualaikum...

Dah setahun lebih tak mengarut di tempat sendiri ... Mengumpul ketenangan selepas melalui pengalaman di rompak dan samun bersenjata di rumah pada penghujung tahun lepas ... syukur masih diberi nyawa untuk sentiasa sujud kepada Nya. Ingat dah takde dah ... huhuhuh....

Sejak bunyi rock bro movie dah keluar ni seronok pulak dengar lagu2 zaman aku duk kuantan maghin ... Walaupun mengikuti lagu2 rock zaman tu rupanya ada lagu2 yang aku ter miss utk mendengar nya. Salah satu kumpulan terbaik, aku rasa mereka ni lagi terbaik dari wings dan search dari segi pengalaman nak rakam album dan jugak komuniti yg terhad sekitar pantai timur sahaja.

Kumpulan Desire. Juara Battle of the Band II 1987. tp album kedua diorg la yg mantap  " +-x÷ " . Selama 30 tahun ni ingatkan Bias Cinta je killer song diorg ni. Rupanya ada lagi contoh nya macam "Sentuhan" yang diberi nafas baru oleh Radhi OAG dan jugak "Cetusan Rindu". Dapat dengar pun secara tak sengaja kat youtube Joe buat madley 3 lagu di atas live. Suara live sama mcm dalam album. terbaik joe.

Lain-lain lagu dalam tahun 80 - 90 byk yg evergreen... Dengar pun x jemu. Tapi kurang dapat perhatian dan support daripada siaran radio tempatan walaupun diorg ni declare channel lagu tahun 80-90an tp lagu yang baru kebanyakannya.

Kalau pembaca nak dengar lagu diorg ni search kat youtube guna Windows yea... mobile / app youtube lagu ni not available.

Lepas ni nak cari lagu-lagu "Arena", "Junction" dan "Analisa" pulak (Sebenarnya dah lama ada, saja nak cover pasal lagu-lagu tu heeee)

Selasa, 11 Ogos 2015

My Visit to Gold Coast Brisbane

This is my 1st entry in English. I am grammarly poor. Bear with me.....

The route was from KLIA - Spore - Brisbane - Goldcoast. The flight we were travelling Silk Air and Spore Airlines. A wonderful journey with wonderful tourist guide. It was my 1st time there in down under. Handsome guys cute girls. fast-pace living style in Brisbane, have-a-cup-of-coffee there in Gold Coast.

Day 1: -
Touched down in Brisbane Airport. we were welcomed by very strict Airport security system where we need to declare even the bread we brought down from the aircraft. I was looking for signal at the luggage claim area when an airport security held me for breach of regulation. All passengers are not allowed to use mobiles at this area in which a fine of AUD300 is implemented. After questions, I was released with no fine and welcome note by the security officer. I thanked him. After settling with the immigration, our group assembled at the arrival hall and assisted by the coach drivers and we bound to an Indonesian restaurant nearby in Brisbane. Gold Coast is another 2 hours from Brisbane. After late dinner, our coach drivers brought us straight to Gold Coast. We stayed at the hotel next to Hard Rock Café Surfers Paradise.

Day 2: -
Our 1st journey was to experience ourselves catching crab. Small crab (I've forgot the name) with special tool. We were in the river to catch the crab. but it was a shallow waters. loads of storks came by but we were not allowed to feed them in order not to disturb the eco-system. After photos here and there, in a luxury boat (if it was in Malaysia) we travelled to a fishing spot where we experienced fishing. At this area, the boat captain allowed us to feed the birds and loads of awesome pictures were taken here. (I will insert some later).
At noon, we were at Shopping Paradise (similar to JPO here in Malaysia) for some purchases. I did some. A good place to shop as the price here is cheaper compared to Malaysia even the currency is high.
Later at night, we went for dinner and experienced night market-sort-of at the beach. I have touched Pacific Ocean... hehehe.

Day 3: -
We went to the southern beach area (if i was not mistaken) to experience the Surfers Paradise JetBoat. I was wet all the way but it was awesome. I have the video and may upload it later, or watch it through my istagram @rozaimiidris
At noon, we were in Currumbin Wildlife Sanctuary visiting the koalas, some giant crocs and touched the kangaroos. These are the only 3 animals that excites me. I could not see the Tasmanian devils.... I may need to go to Tasmania instead.
Later at night we were at Hard Rock Café for dinner and it was again, awesome meals. I always look forward to eat in HRC even in KL.

Final Day: -
We went to Warner Brothers before our departure that night. I was on Scooby Doo only then visited Batman's place and 3D movies. No other places i visited because i did not want to queue. At 3pm we watched the WB super heroes and characters marched in front of us. Not so nice characters, they only entertained the locals when we wanted to have pictures with them. Later that night we stop in Brisbane at the cliff to take photos of Brisbane during sunset. Awesome. We were then check in at the airport and went home via same route.

Isnin, 10 Ogos 2015

Beli Kereta 3 - Hari Penerimaan Kereta... Vehicle Delivery Day

Assalam....
lama betul tidak mengemas kini blog ini.
Ini kira sinambungan dari proses pembelian kenderaan ...

Apabila tiba saat untuk mengambil kenderaan yang dibeli, pelanggan perlu diingatkan dengan beberapa perkara.

Yang pertama, seelok2nya ambil cuti dan proses perlu dilakukan di pusat jualan yang mana kenderaan tersebut di beli. Ini bagi memastikan pelanggan tidak terlepas dari beberapa perkara yang membabitkan kesusahan di kemudian hari antara nya : -

i. keadaan kereta yang sempurna. Siang2 nampak... kalau malam mungkin sukar sikit nak tengok contoh cat calar, badan kenderaan kemek dan sebagainya
ii. Data2 di dalam geran kereta sama dengan fizikal kenderaan. Yang paling utama nombor chassis, nombor enjin, nombor pendaftaran mestilah sama di antara geran dan fizikal.
iii. Semua aksesori kenderaan dan juga buku servis di terima dalam keadaan baik

Setelah berpuas hati dengan di atas, baharulah dokumen penerimaan kenderaan di tanda tangan. Kalau tidak masuk akal jangan tanda tangan dan hak nda untuk memaklumkan kepada pihak bank (jika pembelian di bawah sewa-beli) untuk menahan apa2 bayaran kepada pusat jualan tersebut sehingga masalah selesai.

Setelah selesai semua, dapatkan salinan geran dan cover note untuk dokumentasi di kemudian hari.

Nanti kita sambung berkenaan proses lain pula ... tunggu,.....

Rabu, 26 November 2014

Beli Kereta 2

Tidak dinafikan kereta sudah menjadi keperluan kepada rakyat Malaysia.

Sebelum ini aku ada cerita sedikit berkenaan cara pembelian kereta atau lebih tepat penempahan kereta.

Untuk pembelian secara tunai perkara asas di dalam post sebelum ini sama sahaja kecuali pembeli tidak perlu menyerahkan apa-apa dokumen seperti yang diperlukan jika pembelian secara sewa beli. Kemungkinan pengenalan diri dan lesen sahaja diperlukan oleh pihak penjual.
Masalah yang kerap berlaku dalam situasi belian tunai ini pembeli menganggap apabila dia seorg pembeli tunai/cash buyer dia berhak mendapat keutamaan/priority dalam mendapatkan stok kereta yg diperlukan.
Agak kurang tepat anggapan begitu kerana pembeli melalui pinjaman juga menggunakan wang mereka untuk membeli kereta dan juga penjual, atas sebab2 tertentu lebih suka membantu/deal dengan cara sewa beli.

Ok, setelah bayaran tempahan diserahkan dan tempoh menunggu tamat, stok pun sampai berdasarkan "waiting list" di pusat jualan, penjual akan memberitahu pembeli untuk melangsaikan jumlah keseluruhan harga kenderaan sebelum pendaftaran kenderaan berlaku. Bayar semua dahulu baharulah kereta tersebut boleh didaftarkan di JPJ ye.

Untuk belian secara sewa beli, pembeli perlu membayar "downpayment" / beza harga kereta berbanding jumlah pinjaman yang diluluskan di dalam LOU / LU pihak bank sebelum kereta didaftarkan di JPJ.
Nasihat aku, hak dan tanggungjawab pembeli ialah hanya bayar duit tempahan/booking semasa proses awal pembelian. Apabila stok sampai bayar semua utk belian tunai atau bayar downpayment utk belian sewa beli. RESIT jangan lupa. Penting sangat sebagai bukti transaksi.

Pastikan juga pendaftaran mengikut nombor yang dikehendaki jika tempah nombor.

Nanti aku akan cerita pulak proses penerimaan kenderaan setelah pendaftaran