Isnin, 10 Ogos 2015

Beli Kereta 3 - Hari Penerimaan Kereta... Vehicle Delivery Day

Assalam....
lama betul tidak mengemas kini blog ini.
Ini kira sinambungan dari proses pembelian kenderaan ...

Apabila tiba saat untuk mengambil kenderaan yang dibeli, pelanggan perlu diingatkan dengan beberapa perkara.

Yang pertama, seelok2nya ambil cuti dan proses perlu dilakukan di pusat jualan yang mana kenderaan tersebut di beli. Ini bagi memastikan pelanggan tidak terlepas dari beberapa perkara yang membabitkan kesusahan di kemudian hari antara nya : -

i. keadaan kereta yang sempurna. Siang2 nampak... kalau malam mungkin sukar sikit nak tengok contoh cat calar, badan kenderaan kemek dan sebagainya
ii. Data2 di dalam geran kereta sama dengan fizikal kenderaan. Yang paling utama nombor chassis, nombor enjin, nombor pendaftaran mestilah sama di antara geran dan fizikal.
iii. Semua aksesori kenderaan dan juga buku servis di terima dalam keadaan baik

Setelah berpuas hati dengan di atas, baharulah dokumen penerimaan kenderaan di tanda tangan. Kalau tidak masuk akal jangan tanda tangan dan hak nda untuk memaklumkan kepada pihak bank (jika pembelian di bawah sewa-beli) untuk menahan apa2 bayaran kepada pusat jualan tersebut sehingga masalah selesai.

Setelah selesai semua, dapatkan salinan geran dan cover note untuk dokumentasi di kemudian hari.

Nanti kita sambung berkenaan proses lain pula ... tunggu,.....

Tiada ulasan: