Selasa, 25 Oktober 2016

Rock Forever

Assalamualaikum...

Dah setahun lebih tak mengarut di tempat sendiri ... Mengumpul ketenangan selepas melalui pengalaman di rompak dan samun bersenjata di rumah pada penghujung tahun lepas ... syukur masih diberi nyawa untuk sentiasa sujud kepada Nya. Ingat dah takde dah ... huhuhuh....

Sejak bunyi rock bro movie dah keluar ni seronok pulak dengar lagu2 zaman aku duk kuantan maghin ... Walaupun mengikuti lagu2 rock zaman tu rupanya ada lagu2 yang aku ter miss utk mendengar nya. Salah satu kumpulan terbaik, aku rasa mereka ni lagi terbaik dari wings dan search dari segi pengalaman nak rakam album dan jugak komuniti yg terhad sekitar pantai timur sahaja.

Kumpulan Desire. Juara Battle of the Band II 1987. tp album kedua diorg la yg mantap  " +-x÷ " . Selama 30 tahun ni ingatkan Bias Cinta je killer song diorg ni. Rupanya ada lagi contoh nya macam "Sentuhan" yang diberi nafas baru oleh Radhi OAG dan jugak "Cetusan Rindu". Dapat dengar pun secara tak sengaja kat youtube Joe buat madley 3 lagu di atas live. Suara live sama mcm dalam album. terbaik joe.

Lain-lain lagu dalam tahun 80 - 90 byk yg evergreen... Dengar pun x jemu. Tapi kurang dapat perhatian dan support daripada siaran radio tempatan walaupun diorg ni declare channel lagu tahun 80-90an tp lagu yang baru kebanyakannya.

Kalau pembaca nak dengar lagu diorg ni search kat youtube guna Windows yea... mobile / app youtube lagu ni not available.

Lepas ni nak cari lagu-lagu "Arena", "Junction" dan "Analisa" pulak (Sebenarnya dah lama ada, saja nak cover pasal lagu-lagu tu heeee)