Selasa, 20 Disember 2016

Dua Bulan Bersama webe

Nama pelik ... x catchy langsung...  tapi unik.

Itulah dia webe ... tulisannya pun begitu. 2 bulan dah aku jadi pegguna tegar. Coverage 4G nya tidak lah bagus mana pun. Mungkin sama atau ada improvement sedikit daripada P1 dulu. Ya, P1... dulu webe ni P1 sebelum diambil alih oleh TM. Mula-mula tu skeptikal jugak nak pakai line 4G yang tak berapa nak maju ni sebab coverage area tidak banyak. Hanya ada sahabat pena yang bagitau kalau 4G/LTE takde, Celcom yang support 3G bandwith. Ha, OK lah. Sebenarnya aku dah pre-register dari bulan Julai 2016 lagi bila ternampak iklannya di internet.

Bila webe launch je aku terus register dan purchase online. Pelan nya ada satu je yg aku tau RM79.00 sebulan pakai la data sampai muntah. Register pakai kad debit pun boleh bayar upfront RM106.00 termasuk GST. Bulan pertama bill RM53.++, bulan ke dua RM83.++.

Bulan pertama masalah yg dihadapi kena berapa kali cabut simkad sbb internet tak dapat. Line telefon ada. Chat dgn customer support dia bagitau itu lah caranya. Masuk bulan ke dua OK dah, xde masalah. 3G data pun stabil. Aku belom pernah experience guna 4G lagi untuk webe ni... sebab 3G bandwith nya pun cukup dah. Aku pakai Huawei G8 Dual Sim dan aku disabled 4G sebab kuat makan bateri.

Isu semasa setakat ni bayar bil online. Mungkin boleh bayar di TM Point, aku taktau.

Cuma nak ingatkan kawan-kawan, Kalau nak pakai ni hanya sebab nak share data, telahan anda tidak berapa tepat. webe tak boleh share data secara percuma. Kena beli access setiap 2 jam RM6.35 baru lah boleh tethering.

Secara keseluruhannya, bagi aku yang kebanyakan masa tengok Kodi, mudah, social media dan youtube, webe tidak menghampakan walaupun hanya 3G data bandwith yang di dokong oleh Celcom line.

Ok lah chow dulu pa pe rojer.

Selasa, 25 Oktober 2016

Rock Forever

Assalamualaikum...

Dah setahun lebih tak mengarut di tempat sendiri ... Mengumpul ketenangan selepas melalui pengalaman di rompak dan samun bersenjata di rumah pada penghujung tahun lepas ... syukur masih diberi nyawa untuk sentiasa sujud kepada Nya. Ingat dah takde dah ... huhuhuh....

Sejak bunyi rock bro movie dah keluar ni seronok pulak dengar lagu2 zaman aku duk kuantan maghin ... Walaupun mengikuti lagu2 rock zaman tu rupanya ada lagu2 yang aku ter miss utk mendengar nya. Salah satu kumpulan terbaik, aku rasa mereka ni lagi terbaik dari wings dan search dari segi pengalaman nak rakam album dan jugak komuniti yg terhad sekitar pantai timur sahaja.

Kumpulan Desire. Juara Battle of the Band II 1987. tp album kedua diorg la yg mantap  " +-x÷ " . Selama 30 tahun ni ingatkan Bias Cinta je killer song diorg ni. Rupanya ada lagi contoh nya macam "Sentuhan" yang diberi nafas baru oleh Radhi OAG dan jugak "Cetusan Rindu". Dapat dengar pun secara tak sengaja kat youtube Joe buat madley 3 lagu di atas live. Suara live sama mcm dalam album. terbaik joe.

Lain-lain lagu dalam tahun 80 - 90 byk yg evergreen... Dengar pun x jemu. Tapi kurang dapat perhatian dan support daripada siaran radio tempatan walaupun diorg ni declare channel lagu tahun 80-90an tp lagu yang baru kebanyakannya.

Kalau pembaca nak dengar lagu diorg ni search kat youtube guna Windows yea... mobile / app youtube lagu ni not available.

Lepas ni nak cari lagu-lagu "Arena", "Junction" dan "Analisa" pulak (Sebenarnya dah lama ada, saja nak cover pasal lagu-lagu tu heeee)