Assalamualaikum,
aku amat tertarik dengan program yg dilakukan oleh kerajaan negeri.
Walaupun aku mmg tak layak dari segi syarat2 nya,,, tp sedikit sebanyak aku perlu tau juga.
ada sahabat yg sudahpn dapat tawaran untuk kediaman LPHS ni di Antara Gapi. rumah besar dan murah katanya.
nak screenshot surat tersebut byk plak nmpk detailsnya.
apa yang penting berikut adalah kelayakan asas untuk melayakkan seseorang untuk memohon rumah dalam program perumahan mampu milik negeri Selangor "Satu Keluarga Satu Kediaman" ni...
Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah ?
Syarat kelayakan untuk memohon rumah adalah seperti berikut:
•Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
•Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
•Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
•Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
•Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
•Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
•Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
•Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
Sumber: -
http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_faq
Untuk sahabat2 yang membaca dan termasuk dalam kategori di atas, mungkin boleh mencuba. Selamat maju jaya ye semua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan